#Hiburan: Bekas Isteri Alha Alfa Nafi Pernah Mengandung

Setelah lama timbul khabar angin mengatakan rumah tangganya berantakan, akhirnya usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa tampil mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Noor Azlin Ismail selepas enam bulan berkahwin.

alha alfa bercerai

Menurut Alha, bekas isterinya kuat cemburu dan tidak boleh memahami serta mampu hidup dengan kesibukan kariernya selaku ‘makeup artist’ ternama (MUA) dan usahawan kosmetik. Faktor pekerjaan dan masa menjadi punca kepada perselisihan faham dalam perkahwinan mereka.

Dia juga mendakwa kehidupannya bersama Azlin normal dan mereka hampir pasti menjadi ibu bapa tetapi bekas isteri mengalami keguguran.

alha alfa bercerai

Tidak lama selepas berita perceraian itu tersebar, Azlin dilihat ada memuat naik status luahan hati mengenai apa yang berlaku.

Malah, wanita itu juga membuat pendedahan mengejutkan menyatakan dia tidak pernah mengandung seperti yang dikatakan oleh bekas suaminya itu. Azlin menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab soalan daripada netizen.

alha alfa cerai bekas isteri alha alfa

Terdahulu, perpisahan secara baik itu dibuat selepas masing-masing merasakan sudah tidak lagi serasi untuk meneruskan kehidupan bersama-sama. Sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi. Malah, dia turut memuat naik foto menampakkan kesan calar pada dadanya ketika dia bergelut dengan Azlin bagi menghalang bekas isterinya itu mencederakan dirinya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments