#Hiburan: Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir

Selepas beberapa bulan bercinta, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menerima lamaran kekasih hatinya, Nabil Mahir.

nabil mahir melamar ayda jebat

Nabil menjadikan momen itu begitu istimewa sekali apabila melamar Ayda sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-28.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram penyanyi berkenaan yang memuat naik foto cincin lamarannya. Ayda memberitahu ia merupakan hadiah hari jadi  paling bermakna buat dirinya.

ayda jebat lamaran nabil mahir nabil mahir melamar ayda jebat

Rakan-rakan artis serta peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini, mendoakan kebahagiaan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Pada November tahun lalu, Nabil mengakui dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Ayda. Mereka juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing dan percintaan mereka itu direstui.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments