#Hiburan: Artis Dan Rakyat Tiada Beza, Tak Perlu Bantuan Khusus- Naim Daniel

Isu selebriti berharap agar penggiat seni turut mendapat bantuan khas daripada kerajaan sehingga hari ini masih hangat diperkatakan. Malah, persatuan seni juga telah mengemukakan cadangan “tidak masuk akal” menuntut pelbagai dana khas dan bantuan kewangan untuk artis. Ia mengundang kemarahan netizen kerana mereka begitu ‘demand’.

naim daniel artis bantuan khusus

Namun, penyanyi Naim Daniel mempunyai pendapat yang berbeza. Dia berkata, bantuan khusus untuk penggiat seni tidak diperlukan.

“Kita sama-sama rakyat, tak ada beza” 

 

Menurutnya, seseorang individu sudah merangkumi sebagai rakyat Malaysia bagi menerima peruntukkan kerajaan, artis atau rakyat tiada bezanya. Tidak perlu hak istimewa sebagai artis dan mohon sahaja bantuan seperti biasa seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kalau saya sendiri pun dalam kesusahan, minta bantuan macam biasa. Saya tak rasa dalam keadaan sekarang, perlu diwujudkan bantuan khusus.

Jika nak dibuat juga, itu di atas inisiatif unit artis sendiri yang nak membantu penggiat seni.

“Terima kasih sebab berfikiran matang”

naim daniel naim daniel artis bantuan khusus naim daniel artis bantuan khusus

Pendapat Naim itu mendapat sokongan netizen, mereka memuji penyanyi itu berfikiran matang.

Terdahulu, rata-rata netizen bengang dengan cadangan Persatuan Seniman Malaysia yang meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, mereka mencadangkan penggiat seni yang tiada KWSP untuk mendapat RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan. Apa yang diminta melebih-lebih sedangkan petugas barisan hadapan serta petugas kesihatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk menangani krisis COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments