#Hiburan: Bengang Dituduh Penipu, Alha Alfa Dedah Bukti Bekas Isteri Pernah Mengandung & Keguguran

Tampil mendedahkan mengenai penceraiannya kepada umum, Datuk Alha Alfa dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan kecaman netizen. Selepas dituduh mengaibkan bekas isterinya, Noor Azlin, terbaru usahawan kosmetik itu dilabel sengaja mereka cerita dia hampir bergelar bapa selepas Azlin dalam satu kenyataan mendedahkan dia tidak pernah hamil.

bekas isteri alha alfa nafi pernah hamil

Bengang dengan tindakan bekas isterinya itu sehingga dia dilabel sebagai penipu, Alha menerusi akaun Instagramnya tampil mempertahankan maruah diri yang sudah tercemar serta menegakkan kebenaran.

“Saya paling pantang penipu! Awak tau kan?”

Jelas Alha, dia bukan mahu mencari publisiti murahan ataupun belum ‘move on’ tetapi dia tidak boleh mendiamkan walaupun sering dicaci menjaja cerita hal rumah tangga. Dia ingin membersihkan namanya agar tidak terus terpalit dengan tuduhan tidak benar.

“Serius awak tak pernah mengandung?” 

bukti bekas isteri alha alfa mengandung bukti bekas isteri alha alfa mengandung

Alha turut menampilkan ‘screenshot’ mesej perbualannya bersama Azlin di WhatsApp. Dia mendedahkan Azlin telah memakan jamu dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan keguguran.

Ia sekaligus membuktikan wanita itu pernah hamil dan apa yang dikatakan oleh Alha sebelum ini adalah benar.

bekas isteri alha alfa nafi pernah mengandung

Terdahulu, Alha berkata perbezaan usia serta penerimaan bekas isteri terhadap kerjayanya berubah selepas mereka berkahwin antara punca mahligai yang dibina selama enam bulan musnah. Sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi.

Alha dan  Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments