#Hiburan: Dapat Tawaran Sambung Belajar di UiTM, Aliff Syukri Buktikan Diri Masih Waras

Pernah meluahkan hasrat untuk menjadi seorang pelajar yang memiliki segulung ijazah dan ingin menjadi orang pandai, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa gembira dan syukur apabila dia telah diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pelajar separuh masa.

aliff syukri sambung belajar uitm

Bakal menyambung pelajaran dalam kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff menerusi akaun Instagramnya berkata dia bukanlah bodoh seperti disangka orang lain.

Pada masa yang sama, dia ingin membuktikan dirinya masih waras dan tetap bersemangat untuk terus berjaya meskipun sering dikecam serta dihina netizen.

aliff syukri uitm aliff syukri uitm

Berita itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang mengucapkan tahniah kepada Aliff dan ada juga seakan mempertikaikan kelayakan usahawan itu diterima masuk ke universiti.

aliff syukri uitm aliff syukri uitm

Apa-apapun, semoga Aliff dapat menghabiskan pelajarannya dan dapat menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Jadilah contoh yang baik dan mungkin selepas ini boleh kurang mencetuskan kontroversi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments