#Hiburan: Hina Petugas Kesihatan, Azwan Ali Didenda RM17,000

Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, didenda RM17,000 serta diperintah membuat permohonan maaf secara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

azwan ali didenda hina petugas kesihatan

Azwan dituduh memuat naik video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan memperlekehkan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika dia gagal membayar denda itu.

azwan ali didenda rm17,000

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

azwan ali

Tidak lama seleps itu, Azwan tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kata-katanya dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments