Tular rakaman mempamerkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah di atas pentas di sebuah acara yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
Ada tips cari suami
Video tersebut mencuri perhatian selepas pelakon berusia 30 tahun itu yang beramah mesra dan melayani pengunjung memberikan tips rumah tangga.
Difahamkan, seorang pengunjung berpesan kepadanya agar tidak risau kehilangan suami dan Bella dengan spontan memberikan tips apa yang perlu dilakukan para isteri jika suami hilang.
Apa abang cakap? Jangan risau kalau suami hilang? Mestilah saya risau kalau suami hilang tapi saya ada tips. Kalau suami hilang kita cari di rumah kawan.
@djesseltonsabah♬ original sound – D’Jesselton Sabah
Panas hati Ruhainies dan Risteena
Bella kemudian tertawa dan kata-katanya itu mendapat sorakan semua pengunjung yang memahami maksud tersirat ingin disampaikannya.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula ramai yang bertanya tentang Risteena kerana difahamkan dia turut berada di acara yang sama tempat Bella membuat persembahan itu.
Sementara itu, ada yang suka melihat Bella begitu kerana berasa aktres tersebut sudah boleh move on daripada episod hitam rumah tangganya.
The post (VIDEO) “Saya Ada Tips, Kalau Suami Hilang Kita Cari Di Rumah Kawan” – Ramai Bersorak Dengar ‘Statement’ Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments