Dapat dilihat di platform media sosial, drama arahan Erma Fatima yang berjudul Lelaki Itu kini menjadi bualan ramai sejak episod memaparkan plot terkahwin adik beradik tanpa pengetahuan masing-masing disiarkan.
Bakal timang cahaya mata
Lakonan hebat Aedy Ashraf dan Hannah Delisha dalam drama tersebut membuatkan netizen tertanya-tanya apakah status perkahwinan mereka bila sudah mengetahui hal sebenar.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila kedua-duanya mengetahui bakal menimang cahaya mata ‘sulung’ selepas mendapati mereka merupakan abang dan adik.
adaptasi dari cerita real life, time ni diorang dah tau adik beradik pic.twitter.com/a4T0TSIpG8
— (@localrkyt) April 18, 2024
Babak memaparkan Hannah Delisha memberitahu Aedy tentang kandungannya membuatkan penonton sebak kerana memikirkan nasib anak yang berstatus ‘nikah fasid’ (pernikahan tidak sah dari segi syarat sah nikah kerana mempunyai pertalian darah dan nasab).
Sayang, macam mana dengan anak kita nanti? I nak anak ni. Dia tak salah, jangan bagi dia seksa.
Peguam tampil bersuara
Disebabkan babak tersebut tular di platform media sosial, seorang peguam syarie yang bernama Fahmi Ramlie tampil memberi penjelasan mengenai status pasangan itu dan juga anak yang dikandungkan.
Kata Fahmi, pasangan itu perlu berpisah dengan membuat permohonan Faraq Nikah di Mahkamah Syariah bagi membatalkan perkahwinan.
Kalau dah berkahwin, mereka tak boleh sebut cerai sebab hanya untuk orang yang nikahnya sah.
Dalam pada masa yang sama, pasangan terbabit perlu membuat pengampunan serta taubat kerana ketidaksengajaan berkahwin adik-beradik.
Dari sudut undang-undang dan hukum syarak, anak-anak itu boleh dibin atau binti kepada bapanya serta mewarisi pusaka dan pertalian kerana mereka dianggap sebagai Anak Sah Taraf.
The post “I Nak Anak Ni, Dia Tak Salah” – Perkahwinan Sumbang Mahram & Hamil! Plot Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments