#Hiburan: “Melawak Pun Diaorang Pergi Melawat Kubur Arwah..” – ‘Dark Jokes’ Dilabel Tak Sensitif, Ahli Keluarga Anggap Cara Atasi Kesedihan

Baru-baru ini sering terlihat di media sosial hantaran yang berbentuk gurauan namun ada juga yang terlihat agak berlebihan dan tak sopan, lagi-lagi jika ia mempersendakan arwah yang sudah tiada.

Ahli keluarga buat dark joke

Kebelakangan ini tular di platform X di mana seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan warganet yang menjadikan kematian ahli keluarga sebagai satu jenaka dan memanggilnya sebagai ‘dark jokes‘.

Advertisement

Kerana itu, terdapat sesetengah netizen yang menyifatkan perkara tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif meskipun jenaka itu melibatkan ahli keluarga sendiri.

Moga tak ada keluarga aku yang macam ni. Sedih baca.

 

Bila akhir zaman, kubur tidak lagi tepat untuk menginsafkan diri, malah dijadikan bahan jenaka. Memalukan.

Gurauan menyembunyikan kesedihan

Dalam pada itu, muncul pula perdebatan di mana segelintir pihak memandangnya sebagai satu cara ahli keluarga untuk mengatasi kesedihan kehilangan orang yang tersayang.

Katanya, jenaka itu seolah-olah mereka sedang berjenaka dengan arwah dan mengimbau kenangan lampau semasa masih hidup.

Bitter gila yang komen dekat sini. Faham tak kadang-kadang orang rindu sangat. Siapa kalian nak persoalkan jokes macam ni? Tunggu satu hari awak akan rasa. Masa tu baru akan faham.

 

Aku yakin mesti masa hidup diaorang anak-beranak kuat bergurau. Mesti bonding depa sangat ngam.

twitterSumber : X  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azwan ali
1 week ago

(VIDEO) "Itu Cara Dia Sambut Lebaran.." - Azwan Ali Cakap Seorang Diri Sambut Hari Raya Bersama Arwah Ibu, Netizen Luah Rasa Simpati

The post “Melawak Pun Diaorang Pergi Melawat Kubur Arwah..” – ‘Dark Jokes’ Dilabel Tak Sensitif, Ahli Keluarga Anggap Cara Atasi Kesedihan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments