Sempat terbabit dalam kontroversi bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah, aktor Muaz Zabir memberi banyangan ibunya masih kecewa dan marah dengan berita dirinya menjalinkan hubungan bersama Bella itu.
Minta maaf pada hari raya
Melalui sebuah hantaran di Instagram story, pelakon ini memuat naik sebuah video yang melihatkan dirinya sedang mengeluarkan sebuah televisyen yang dibeli untuk ibunya.
Menurut Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 27, walaupun dirinya sudah memohon maaf pada ibunya sebelum ini namun dia akan melakukannya sekali lagi pada hari raya.
Sesi permohonanan maaf kepada mak tercinta.
Kena sambung nanti waktu raya sebab marah dia tak habis lagi tu.
Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti.
View this post on Instagram
Terdahulu, Muaz telah meraih perhatian warganet apabila seorang individu telah mendedahkan hubungan sulitnya bersama Bella Astillah. Pendedahan yang dilakukan menerusi TikTok itu melihatkan tangkap layar perbualan dan foto mesra antara kedua pelakon tersebut.
Tak lama kemudian, Bella tampil menjawab kepada dakwaan tersebut. Katanya, hubungan tersebut hanyalah untuk membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu setelah mengetahui dia telah curang beberapa kali dengan wanita lain.
Sementara itu, Muaz pula menjelaskan pada awalnya dia bersimpati setelah mendengar luahan hati ibu kepada dua cahaya mata itu, namun mendiamkan diri ketika sedang heboh isu itu di media sosial bagi tidak mengeruhkan keadaan.
The post “Marah Dia Tak Habis Lagi Tu..” – Masih Terkesan Dengan Isu Bercinta Bersama Isteri Orang, Muaz Ingin Mohon Maaf Pada Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments