#Hiburan: “Jangan Awak Musnahkan Kebahagiaan Kami” – Tom Padam Hantaran Berkaitan Sarah Yasmine, Mengaku Tiada Duit Nak Bayar Saman

Penyanyi kelahiran Singapura, Tom ada mendedahkan mengenai tindakan Sarah Yasmine yang menghantar mesej bertalu-talu kepada suaminya, penyanyi Fuad.

Sarah Yasmine nak saman Tom

Gara-gara pendedahan di media sosial yang turut memperlihatkan maklumat peribadi Sarah Yasmine, teman wanita kepada penyanyi Aliff Aziz itu ada memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tom.

Advertisement

Tom Sarah

Berikutan kenyataan Sarah itu, Tom kemudiannya memilih untuk memadam hantaran asal itu kerana mengaku tidak mempunyai wang yang banyak untuk membayar saman.

Okaylah saya pada takut kena saman, mana nak cekau bagi awak RM100,000 ke RM300,000. Baik duit itu saya guna untuk besarkan anak-anak.

Saya harap awak faham saya sayang keluarga saya. Hidup saya untuk keluarga saya. Jangan awak datang nak musnahkan hidup kami anak-anak.

Padam hantaran asal kerana tiada duit nak bayar saman

Jelas Tom lagi, dia mengaku tidak berasa selamat apabila mengenangkan wanita cantik seperti Sarah menghantar mesej kepada Fuad.

Disebabkan oleh itu, dia bertindak mendedahkan mesej tersebut meskipun tujuan Sarah Yasmine menghubungi Fuad adalah kerana ingin meminta bantuan Aliff yang didakwa hilang pada ketika itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wartawan Aliff
20 hours ago

"This Means War!" - Wartawan Isytihar 'Perang' Terhadap Aliff Aziz Gara-Gara Kenyataan Tuduh Media Pusing Cerita & B*doh

The post “Jangan Awak Musnahkan Kebahagiaan Kami” – Tom Padam Hantaran Berkaitan Sarah Yasmine, Mengaku Tiada Duit Nak Bayar Saman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments