Tidak mahu berdiam diri menjadi mangsa buli, pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia sudah dapat menjejaki lokasi tempat kerja seorang lelaki yang telah menghina dirinya melalui media sosial.
Hanya berani di media sosial
Melalui sebuah status yang dimuat naik di aplikasi X, Sarah mengatakan dia telah mencari tahu tentang lelaki tersebut termasuklah mendapatkan nombor telefonnya.
Tambahan pula, aktres ini juga mengatakan individu tersebut hanya berani mengecam di media sosial namun takut dijumpai orang ramai.
Mamat Afiq ini mesti tak pernah kena apa-apa kan. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat terlepas. Dekat dalam media sosial sahaja berani.
Dah tahu tempat kerja dia dan dah ada nombor telefon pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Kau ingat deactivate, kes tutup?
— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 15, 2024
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berharap lelaki berkenaan dibuang dari tempat kerjanya sebagai penghantar makanan dikeranakan sikapnya itu.
Dengar kata tengah training. Tolong buang staff toksik begini. Since kalian (majikan) pun dah tahu perkara ini viral.
View this post on Instagram
Sebelum ini, seorang individu yang digelar Afiq Azni telah meninggalkan satu komen di hantaran gambar Sarah bersama Bella Astillah mengatakan mereka merupakan ‘geng secondhand’.
Tak lama kemudian, Sarah membidas individu itu dan berkeras akan mengambil tindakan ke atas kata-kata biadap lelaki terbabit.
The post “Kau Ingat Deactivate, Kes Tutup..” – Berang Diperli Di Media Sosial, Puteri Sarah Kesan Tempat Kerja & Nombor Telefon ‘Hater’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments