Disebabkan menerima banyak kecaman dan tidak dipersetujui oleh banyak pihak, youtuber asal Korea Selatan, Daud Kim terpaksa menangguhkan hajatnya untuk membina masjid di daerah Incheon.
Bukan untuk kegunaan peribadi
Ekoran isu ramai mempertikaikan kaedah mengumpul dana yang disalurkan pada akaun peribadinya, Daud berkata dia akan mencari jalan terbaik agar niat murni itu dapat diteruskan dalam masa terdekat tanpa sebarang masalah.
Membuka akaun peribadi adalah permintaan pengikut di media sosial. Saya ingin jelaskan bahawa ia bukan untuk kegunaan peribadi.
Saya tidak sedar ia akan menjadi satu kesalahan undang-undang. Justeru saya minta agar orang ramai berhenti memberi sumbangan kepada akaun peribadi sehingga isu ini selesai.
View this post on Instagram
Cari cara penyelesaian
Dalam pada itu, youtuber ini turut menjelaskan dirinya akan berusaha mencari jalan lain yang mematuhi undang-undang serta mengelakkan dari terjadinya salah faham. Daud juga berjanji akan lebih bertanggungjawab terutamanya apabila melibatkan sumbangan orang ramai dalam pembinaan masjid tersebut.
Saya akan tukar kepada akaun korporat dan ia dilakukan dengan lebih telus. Ia mengambil sedikit masa untuk menguruskan wang yang telah saya terima setakat ini.
Niat adalah adalah suci untuk membina rumah Allah. Saya tiada niat untuk memperdaya orang ramai. Semoga anda tidak percaya terhadap berita palsu.
View this post on Instagram
Terdahulu, seorang aktivis dan pempengaruh yang bernama Farah Lee meluahkan rasa curiga dengan tindakan Daud yang ingin mengumpul dana itu memandangkan kerajaan negara tersebut mengharamkan mana-mana individu untuk menggunakan akaun persendirian bagi mengumpul sebarang dana.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Tak Sedar Ia Satu Kesalahan..” – Daud Kim Minta Henti Hulur Dana Pada Akaun Peribadi, Nafi Ingin Perdaya Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments