Pensohor media sosial dan juga madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan tampil memberi respon setelah isteri kedua suaminya itu tampil berkongsi foto selfie mereka berdua di Instagram Story, semalam.
Jelas Umisya, foto tersebut diambil sebelum kisah mereka menjadi tular dan dia mengakui sudah berdamai dan menerima takdirnya untuk hidup berpoligami.
Gambar ni before viral, yang di mana masa ni Marissa dan Misya dah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami ni dan apa yang jadi. Kami pun berdamai.
Katanya lagi, hubungan mereka ada mengalami naik turun dan perselisihan faham setelah isu panas itu mula menjadi sorotan dan wujud sempadan daripada kedua-dua belah pihak.
Tapi lepas viral tentang kisah nikah ni, segalanya berubah. Ada sedikit berbalah dan Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal masing-masing.
Situasi kami sekarang tak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam.
Menganggap ‘posting’ Marissa itu sebagai tanda rindu, Umisya mendedahkan tiada sebarang perbincangan atau komunikasi antara kedua-dua belah pihak.
Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa. Lama kita tak contact. Maaf zahir batin ikhlas dari Misya.
Misya balas dengan story jugalah explanation ni ya, sebab Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Tak ada contact atau perbincangan setakat ni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Tak Tahu Menahu Pasal Ni” – Umisya Dedah Dah Lama Tak Berhubung Dengan Marissa, Anggap Hantaran IG Tanda ‘Rindu’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments