Ekoran kontroversi rumah tangga pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama suaminya, Aliff Aziz yang masih belum selesai, adik Bella iaitu Didi Astillah tidak dapat mendiamkan diri apabila mendengar penjelasan daripada Ruhainies.
Kenapa baru sekarang
Melalui hantaran di Instagram, Didi terpaksa membuka mulut setelah mendengar penjelasan daripada Ruhainies melalui sebuah temu bual. Katanya, dia mempersoal aktres tersebut mengapa kenyataan dan permohonan maaf itu dilakukan sekarang dan bukan semasa mereka ditangkap khalwat.
Kak Long saya tu tengah sibuk kerja kat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana.
Cakap Bella yang perangkap khalwat, memburukkan Kak Long di set. Cakap team Bella pergi email brand-brand untuk jangan ambil Ruhainies.
View this post on Instagram
Kebenaran berpihak pada yang baik
Bukan itu sahaja, Didi turut berkata dia yakin bahawa kebenaran akhirnya akan berpihak pada mereka yang baik.
Mereka ni lupa tau, hujung-hujung kebenaran tu akan berpihak pada orang baik. Tiba-tiba je sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya selepas viral perbualan di ber L U, L U S M tu.
View this post on Instagram
Terdahulu, Ruhainies telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah serta mana-mana pihak yang terlibat dalam konflik dia dan Aliff Aziz. Kata pelakon itu juga, dia bersedia untuk berjumpa dengan Bella bagi menyelesaikan perkara ini dan berharap dapat move on.
The post “Tiba-Tiba Sekarang Buat Muka Sedih..” – Tak Boleh Berdiam Diri Kakak Difitnah, Didi Astillah Kritik Kelakuan Ruhainies first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments