Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjadi sebutan orang ramai susulan isu mengenai loket rantai yang dipakainya menyerupai bentuk salib. Namun, dia meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan keadaan dengan perdebatan yang tidak perlu.
Banyak hal lebih penting
Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, ada banyak perkara lebih mustahak untuk dibincangkan berbanding isu tentang loket dipakainya itu. Meskipun pada awalnya aktres ini tidak mahu mengambil pusing hal ini, tetapi disebabkan kecaman semakin berleluasa, Amelia terpaksa memuat naik kenyataan di media sosialnya.
Saya sebenarnya tak nak membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah,
Banyak perkara buruk yang terjadi di dunia ni dan orang ramai lebih mengambil tahu tentang rantai?
Tak malu ke? Jangan ganggu saya.
— anggun zahara (@ameliath) April 17, 2024
Demikian kenyataan yang dimuat naik oleh Amelia melalui laman X baru-baru ini menjawab kepada kecaman netizen. Dalam pada itu, seorang individu turut tampil menjelaskan loket rantai yang dipakai Amelia merupakan loket ballerina dan bukan salib.
Sebelum ini, sebuah video tular di aplikasi Tik Tok memaparkan Amelia dan aktor Aedy Ashraf yang sedang menggunakan fikter lucu namun hantaran tersebut dibanjiri dengan kecaman netizen yang mendakwa rantai dipakai Amelia berbentuk salib.
The post “Tak Malu Ke, Jangan Ganggu Saya..” – Disangka Pakai Loket Berbentuk Salib, Amelia Henderson Luah Rasa Kecewa Pada Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments