#Hiburan: “Jangan Petik-Petik Nama Aku..” – Haneesya Hanee Tiada Sebarang Hubungan, Wanita Dalam Bas Bersama Aliff Bukan Dirinya

Baru-baru ini, pelakon dan model Haneesya Hanee telah tampil menafikan tuduhan netizen yang mendakwa dirinya ada menjalinkan hubungan dengan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz.

Ada kereta sendiri

Tuduhan tersebut mula tersebar susulan gambar Aliff bersama seorang wanita yang mirip dengannya sedang menaiki bas itu tular di media sosial.

Advertisement

Menyangkal hal tersebut, model ini meminta agar orang ramai memeriksa dahulu sebelum membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

Jangan petik-petik nama aku. Mak aku marah. Sebelum nak tuduh tu, cuba fikir dulu, fikir dulu biar betul dulu sebelum nak tuduh, nak fitnah ni.

 

Aku ni ada kereta tau, kereta aku selesa. Aku boleh baring boleh letak kaki, boleh buka lagu. Buat apalah aku nak naik bas.

@haneesyahanee_ Replying to @ngionggg🦋 ♬ original sound – Haneesya Hanee

Tiada apa-apa hubungan

Tambahan pula, Haneesya turut berkata dirinya tiada apa-apa kaitan dengan artis-artis yang terlibat dalam kontroversi tersebut dan sebaliknya dia bahagia bersama keluarga.

Katanya, dia turut menasihati orang ramai untuk tidak terlalu taksub dengan isu yang sedang berlangsung ketika ini hingga boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain yang tidak bersalah dan tiada kaitan.

Keduanya, hanya sebab mereka berdua berkawan baik, janganlah kau cari aku, apa kaitan dengan aku. Lah tiba pula aku kena petik.

 

Aku aman damai bersama keluarga aku. Tiba pula kena benda alah ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Terdahulu, kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil membuat pendedahan tentang hubungan kekasihnya dengan aktres Ruhainies. Dalam pendedahan itu juga, nama-nama artis lain juga turut terlibat seperti Emma dan Chacha Maembong serta Caprice.

Bukan itu sahaja, Sarah turut mendakwa dia tahu individu yang berada dalam bas bersama-sama Aliff itu meskipun tidak mendedahkan nama wanita tersebut.

aliff aziz menangis
2 days ago

“Sumpah You Don’t Love Me Anymore?” - Tular Video Rakaman ‘Voice Note’ Aliff Aziz Merayu Pada Sarah Yasmine

The post “Jangan Petik-Petik Nama Aku..” – Haneesya Hanee Tiada Sebarang Hubungan, Wanita Dalam Bas Bersama Aliff Bukan Dirinya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments