#Hiburan: (VIDEO) “Itu Cara Dia Sambut Lebaran..” – Azwan Ali Cakap Seorang Diri Sambut Hari Raya Bersama Arwah Ibu, Netizen Luah Rasa Simpati

Tular baru-baru ini mengenai satu video memaparkan personaliti TV terkenal, Azwan Haji Ali ada berkongsi momen-momen sambutan lebarannya pada tahun ini.

Dalam video TikTok yang dimuat naik Azwan Ali, dia dilihat sedang melawat pusara ibunya dan juga saat dia ‘menyambut’ tetamu di rumahnya sempena hari raya.

Advertisement

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah ‘tetamu’ tersebut tidak wujud dan Azwan juga dirakam bercakap seorang diri melayan ‘tetamu jadian’ tersebut.

Dalam video itu, Azwan sedang ‘menyambut’ ibu, bapa dan juga cucunya namun tidak wujud sama sekali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan keadaan Azwan Ali.

Kita tak tahu apa yg org lain rasa tentang kehilangan. Bukan gila atau mental tp Mungkin dgn cara ni dpt menghilangkan kerinduan.

Semoga Allah permudahkan urusan Azwan Ali…mungkin dia tenangkan diri dgn cara ni..

Ada netizen yang memaklumkan bahawa personaliti TV itu pernah mendedahkan bahawa kelakuan itu adalah salah satu cara dia menyambut hari raya setiap tahun selama ini.

“Dia pernah explain dalam Borak Selebriti Sinar. Ni cara dia express and celebrate raya. Normal je, ada je orang lain buat camni cuma tak record. Let him enjoy his raya.” komen individu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syasya dolla
5 days ago

"We Love You Always.." - Syasya Undur Diri Dari Kumpulan DOLLA Atas Sebab Peribadi

The post (VIDEO) “Itu Cara Dia Sambut Lebaran..” – Azwan Ali Cakap Seorang Diri Sambut Hari Raya Bersama Arwah Ibu, Netizen Luah Rasa Simpati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments