Tular sejak pagi semalam mengenai satu insiden tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).
Video kejadian yang dirakam beberapa individu turut menjadi ‘viral’ di media sosial sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Berikutan itu, Ketua Polis Selangor menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa kejadian itu telah dicetuskan oleh seorang lelaki yang bertindak melepaskan tembakan sebanyak 2 kali sebelum melarikan diri.
Satu kejadian tembak berlaku di balai ketibaan KLIA 1 kira-kira 1.30 pagi tadi- Ketua Polis Selangor
Kejadian tembak di KLIA 1 bersifat peribadi, tidak libatkan aktiviti keganasan, keadaan di lapangan terbang terkawal dan selamat – Ketua Polis Selangor#bernamanews pic.twitter.com/qOPXKWSbDS
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 14, 2024
Difahamkan, salah satu tembakan itu telah terkena seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada seorang wanita yang juga isteri kepada suspek berkenaan.
Siasatan lanjut polis mendapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.
Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Kes disiasat di bawah cubaan membunuh seksyen 307 kanun keseksaan dan akta senjata api selain bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang unsur keganasan atau mana-mana kumpulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post [KES TEMB*K DI KLIA] Suami Sasar Isteri Balik Dari Umrah, Tersasar Ke Pegawal Peribadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments