Personaliti media sosial yang sering tular dikenali sebagai Imran Bard meluahkan rasa kecewa dan kesal kerana tidak diberikan peluang pekerjaan sama rata dengan pempengaruh atau selebriti yang berasal dari luar negara.
Tidak ditawarkan kerja di Korea
Imran meluahkan pendapatnya itu menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok. Katanya, sejak fenomena video ‘gwenchana’ yang sempat tular itu, dia belum pernah ditawarkan sebarang kerja di Korea meskipun videonya itu viral di negara tersebut.
Aku viral gila dekat Korea, banyak media dan PR termasuk taman tema dekat sana pakai sound aku. Mereka perasan kewujudan aku tapi tak ada pun dapat job pergi Korea.
Tak ada pun dipanggil interview sebagai ‘Gwenchana Guy’. Aku sanggup la beli sendiri tiket pergi Korea.
View this post on Instagram
Orang Malaysia pentingkan orang luar
Bukan itu sahaja, Imran turut berpendapat individu berasal dari negara luar sering diberi peluang pekerjaan di negara kita berbanding dengan orang Malaysia sendiri. Berbeza dengan negara seperti Korea yang terlihat lebih menghargai serta bantu menaikkan orang-orang mereka.
Aku viral dekat sana, tapi tak dapat pun job. Bila orang Korea datang Malaysia dia cuma cakap ‘apa khabar’, ‘saya sayang Malaysia’, terus viral dan terus dapat job dekat sini.
Kita lebih utamakan orang luar daripada orang kita, ini kesilapan orang Malaysia dan apa yang Korea buat tu betul. Kita terlalu hype orang luar dan sampai nak jatuhkan orang sendiri tu sangat tak boleh diterima.
@imeranbrad kita terlalu hype orang luar #imranbard #fyp ♬ original sound – imeranbrad
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kita Terlalu Hype Orang Luar..” – Viral Namun Tak Ditawarkan ‘Job’, Imran Bard Bahas ‘Double Standard’ Di Kalangan ‘Influencer’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments