Mempunyai kekurangan untuk melihat bukanlah penghalang beberapa jemaah ini untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
OKU penglihatan tunai umrah
Baru-baru ini, tular video memaparkan sekumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mengerjakan ibadah umrah sambil dipimpin oleh mutawif.
Jelas terlihat di dalam video yang dimuat naik oleh syarikat pengendali umrah dan haji iaitu Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, sekumpulan jemaah OKU penglihatan ini dipimpin oleh mutawif untuk melakukan tawaf.
Bahkan, ada juga seorang wanita yang membantu menyuruh jemaah lain untuk ketepi bagi memberi laluan kepada mereka sewaktu menuju ke Kaabah.
Netizen sebak
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak apabila menonton video tersebut dan mendoakan urusan mereka dipermudahkan di sana.
The post “Tak Dapat Nikmat Melihat, Tapi Allah Jemput” – Beberapa Jemaah OKU Penglihatan Tunaikan Ibadah Umrah Sambil Dipimpin Mutawif Raih Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments