Jenama pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla mengumumkan model Cybertruck alami masalah pedal pemecut tersekat dan terpaksa memanggil semula 4,000 unit yang terjual.
Boleh jadi penyebab utama kemalangan
Menurut laporan Amanz, masalah itu terjadi apabila pelapik besi pada pedal minyak mudah tertanggal dan akan menyebabkan ia tersekat.
Ia sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.
Menariknya, keupayaan pihak Tesla menyelesaikan masalah itu hanya dengan menggunakan teknologi purba saja iaitu dengan penggunaan rivet.
Here is the @cybertruck 35 second recall fix at the Cyber takeover event pic.twitter.com/XGsINAEFHQ
— Aaron Cash – ABetterTheater.com (@aaronjcash) April 20, 2024
Apa itu Rivet?
Rivet akan menyambungkan dua bahagian logam dengan mudah dan pantas tapi cara ini tetap ada kelemahannya.
Sekadar info, rivet ini sebenarnya hanya sementara dan penyelesaian kekal bagi masalah yang dihadapi Cybertruck ini akan diumumkan Tesla nanti.
The post Bahaya! 4000 Tesla Cybertruck Yang Terjual Dipanggil Semula, Alami Masalah Pedal Pemecut Tersekat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments