Semalam, kecoh di laman media sosial selepas wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej ‘plan jahat’ Aliff Aziz dan Ruhainies di Instagram Story.
Hal ini lagi menjadi besar apabila terdapat beberapa nama yang didakwa turut menyokong kedua-dua individu itu dan antaranya ada nama Caprice.
Caprice bersuara
Dalam mesej tersebut Caprice dikatakan telah menasihati Aliff Aziz untuk tidak menceraikan Bella Astillah serta menyuruhnya membagikan gambar dan mesej isteri bersama skandal iaitu Muaz ke pihak polis.
Tidak mendiamkan diri, Caprice tampil mengeluarkan bukti-bukti bahawa dia tidak memihak untuk mana-mana individu pun kerana kesemuanya iaitu Aliff, Bella dan Sarah datang meminta pertolongnya.
Jangan minta tolong lagi
Next time jangan cari Caprice kalau nak tukar plan last minute macam ni. Cap rasa kita kena game.
Dalam pada itu, Caprice atau mesra dipanggil sebagai Cap berkata hari ini sepatutnya semua pihak akan datang ke rumahnya untuk berdamai tetapi seperti sudah tidak akan berlaku dan persoalkan motif kesemua pihak meminta tolong daripadanya.
The post “Patutnya Esok Semua Berdamai, Menyesal Tolong” – Nama ‘Dipetik’ Nasihat Aliff Aziz Jangan Cerai Bella, Caprice Rasa Kena ‘Game’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments