#Hiburan: “Nampak Saya Ada Masa Untuk Pening Kepala?” – Tenang Disaman Bekas Menteri RM70 Juta, Aliff Syukri Sempat Promosi Produk

Baru-baru ini, orang ramai dikejutkan dengan berita tentang usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri telah disaman oleh Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,  Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berjumlah RM70 juta atas sebab didakwa memfitnahnya di media sosial.

Mengambil kesempatan

Membalas kepada berita tersebut, usahawan ini terlihat seperti tidak mengambil pusing tentang saman itu sebaliknya memuat naik video memaparkan dirinya lip sync berita yang melaporkan kesnya.

Advertisement

Lebih mengejutkan, Aliff tidak segan mengambil kesempatan itu untuk mempromosikan produknya.

Anda ada nampak saya ada masa untuk pening kepala??? Salam kasih sayang, siapa makan cili dia rasa pedas.

 

Rahsia wanita untuk kekal tenaga gunakan jus perawan @dherbsholdingshq RM35 jer.

Respon netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata kagum dengan sifat sambil lewa usahawan ini meskipun telah disaman berjuta ringgit. Ramai juga yang berpihak padanya dan mendoakan kemenangan berpihak pada Aliff.

Datuk ni walaupun kadang-kadang bingai, tapi kes ini saya sokong Datuk. Datuk tuntut balik duit yang Pakcik tu hutang dengan Datuk berserta saman sekali. Double up lagi sampai RM140 juta Datuk.

 

Laaaa.. kita ni dari tak tau siapa penghutangnya, sekarang satu Malaysia pulak tahu, gara-gara dah masuk berita.

 

Dalam hal ini saya sokong Datuk Aliff Syukri, chaiyok Datuk.

komenSumber : Instagram  

Sebelum ini, pada Julai 2023, Aliff telah menuntut Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya. Pada Selesa lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas menteri ini selaku plaintif kes turut meminta ganti rugi sebanyak RM70 juta.

bekas menteri aliff syukri
2 days ago

Atas Dakwaan Memfitnah, Tan Sri Abdul Kadir Saman Aliff Syukri RM70 Juta

The post “Nampak Saya Ada Masa Untuk Pening Kepala?” – Tenang Disaman Bekas Menteri RM70 Juta, Aliff Syukri Sempat Promosi Produk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments