#Hiburan: “Kepada Isteri, Tutuplah Aib Rumah Tangga Daripada Didedahkan Pada Umum” – Ustaz Dusuki Komen Isu Aliff & Bella

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki menasihati golongan isteri agar tidak membuka aib rumah tangga jika ada masalah sehingga diketahui umum.

Menerusi Instagram, Ahmad Dusuki turut mengajak pasangan berkahwin untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Advertisement

 

Tutuplah aib rumah tangga

Pendakwah itu memberi komen sebegitu susulan kes hangat membabitkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah yang dilaporkan semalam.

Ramadan bukan bulan penceraian dan melakukan dosa. Khabarkan kepada pada suami, bawalah rumah tangga ke syurga Allah, bukan menghancur dan memusnahkan.

 

Khabarkan kepada isteri mukminah, tutuplah aib rumahtangga kalian dari terbuka dan didedah di kalangan masyarakat awam.

 

Dah 11 kali curang, nak pertahankan apa lagi?

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan ramai yang bersetuju dengan pandangan serta nasihat diberikan oleh Ahmad Dusuki.

Namun, ramai juga individu berasa kurang senang dan tidak setuju Ahmad Dusuki membuat hantaran tersebut dengan mengaitkan kes Aliff dan Bella.

Maaf ustaz, bukan tak setuju. Apa yang perlu dipertahankan lagi, dah 11 kali curang, dengan bukti.

komen

The post “Kepada Isteri, Tutuplah Aib Rumah Tangga Daripada Didedahkan Pada Umum” – Ustaz Dusuki Komen Isu Aliff & Bella first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments