#Hiburan: Kes Tembak KLIA: Polis Beri Amaran Hafizul Harawi Serah Diri, Semua Kontinjen Polis Diarahkan Untuk Buru Suspek

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyarankan suspek kes tembakan di KLIa untuk menyerahkan diri di mana-mana balai polis.

 

Advertisement

Disaran serah diri

Suspek, Hafizul Harawi, 38, dipercayai masih berada di dalam negara dan setiap kontinjen polis negeri sudah pun digerakkan untuk mengesannya termasuklah di sempadan negara.

Jadi kepada saudara Hafizul saya sarankan datang ke mana-mana balai menyerah diri dengan aman, jangan kita ikut amarah kita dia akan memburukkan lagi keadaan.

kes tembak klia

 

Ada kes lampau

Menurut Shuhaily lagi, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan satu kes membabitkan Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.

Mangsa yang merupakan isteri suspek sebelum ini pernah membuat dua laporan polis atas ugutan jenayah yang diterimanya pada 2016 dan 2023.

Hasil laporan tersebut suspek telah ditangkap oleh polis dan kami menghantar kertas siasatan, namun ada beberapa arahan lain yang kita perlu laksanakan. Mengambil insiden terakhir itu, isteri mengambil keputusan untuk menggajikan pengawal peribadi.

kes tembak klia

 

Pengawal peribadi masih belum sedarkan diri

Menurut laporan, pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 itu masih belum sedarkan diri.

Mangsa yang dipanggil Along itu sebelum ini dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan sejurus keadaan kembali stabil dan pembedahan selanjutnya akan dijalankan ke atasnya.

BACA: [KES TEMB*K DI KLIA] Suami Sasar Isteri Sedang Tunggu Jemaah Umrah, Tersasar Ke Pegawal Peribadi

The post Kes Tembak KLIA: Polis Beri Amaran Hafizul Harawi Serah Diri, Semua Kontinjen Polis Diarahkan Untuk Buru Suspek first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments