#Hiburan: Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Mengapa Dia Mendiamkan Diri Dan ‘Hilang’

Bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim tampil memberi penjelasan mengapa dirinya tiba-tiba ‘hilang’ dan berdiam diri selama sebulan.

Sering mengemas kini aktiviti harian di media sosial, kehilangan personaliti TV itu pastinya menjadi tanda tanya netizen di media sosial.

Advertisement

Maklum Azrinaz, dia mendiamkan diri kerana keadaan kesihatan diri dan anak-anaknya yang tidak mengizinkan.

Sebab saya diam selama sebulan kerana sebelum Ramadan, saya sibuk ulang alik ke hospital. Pada 27 Februari, anak saya Malaykha dimasukkan ke hospital kerana demam viral RSV.

Selepas dia sembuh, adiknya Atheera pula jatih sakit. Tetapi saya berjaya mengambil langkah berjaga-jaga. Beri dia ubat, fision dan merawatnya di rumah.

Malang tidak berbau, setelah anak-anaknya jatuh sakit, Azrinaz memaklumkan dia pula menghidap jangkitan yang sama dan terpaksa menghadapi pelbagai ujian.

Tambahnya, setelah menemui pakar, virus itu telah menyebabkan dia mengalami keradangan di sekitar sinus dan keradangan tersebut telah menyebabkan pengumpulan lendir sehinggakan memerlukan dia menjalani pembedahan bagi mengelakkan risiko berbahaya pada penglihatannya.

Tidak mahu memanjangkan kesakitan atau menangani sebarang ketidakpastian, saya masuk hospital lagi untuk dua malam dengan pembedahan berlangsung selama 5 jam.

Syukur, prosedur berjalan lancar. Syukur Alhamdullilah, Kini saya kembali ke rumah berehat dan berada di bawah seliaan ketat untuk tidak mengangkat sebarang objek.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astilla eriqa
1 day ago

"Saya Kesal Saya Buang Adik, Tak Buang Aliff" - Bella Astillah Dedah Eriqa Pernah Teman Aliff Ke GV, Dah Lama Tak Balik Sabah

The post Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Mengapa Dia Mendiamkan Diri Dan ‘Hilang’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments