#Hiburan: “TKC, Permata Pintar & KYS. The Hard Work Paid Off” – Anak Sulung Ditawar 3 Sekolah Serentak, Dr Sheikh Muszaphar Kini Dalam Dilema

Boleh dikatakan kepintaran anak sulung Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Dr Halina iaitu Bella sering mendapat perhatian ramai.

Bahkan, cara didikan pasangan terhadap anak-anak mereka itu juga selalu membuat netizen berasa kagum.

Advertisement

Ditawar tiga sekolah serentak

Melalui hantaran Instagram Dr Sheikh beberapa hari lalu, anak sulungnya, Bella mendapat tiga tawaran sekolah secara serentak bagi melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Difahamkan pada mulanya Bella ditawar ke sekolah berasrama penuh (SBP) di Kolej Tunku Kursiah atau TKC dan ia merupakan sekolah wanita terhebat di dalam Malaysia.

Selepas itu, Dr Sheikh berkongsikan bahawa anaknya mendapat satu lagi tawaran ke Genius Permata Pintar dan KYS (Kolej Yayasan Saad Melaka).

Kini dalam dilema nak pilih sekolah

Oleh kerana mendapat tawaran tiga sekolah secara serentak, Dr Sheikh akui kini mereka sedang di dalam dilema mahu memilih sekolah yang terbaik buat Bella.

Bagaimanapun, dia berkata pilihan sekolah yang bakal dipilih nanti merupakan pilihan terbaik buat Bella kerana semua bergantung kepada impian, cita-cita dan kebahagian anak sulungnya.

Sekadar info, Genius Permata Pintar akan mempelajari subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan seawal peringkat tingkatan 1.

sheikh muszaphar shukor
3 months ago

(VIDEO) "Tak Tanya Dulu Ke Cita-Cita Diorang?" - Mahu Ketujuh-Tujuh Anak Jadi Doktor, Netizen Pertikai Tindakan Sheikh Muszaphar

The post “TKC, Permata Pintar & KYS. The Hard Work Paid Off” – Anak Sulung Ditawar 3 Sekolah Serentak, Dr Sheikh Muszaphar Kini Dalam Dilema first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments