Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi memaklumkan bahawa dia masih belum memperakui kewujudan menantu selagi status perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim masih belum diketahui.
Tiada istilah sudah bermenantu
Ujarnya, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai sudah bermenantu dan istilah itu tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya.
Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ia. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.
Ikut perangai bapa
Tambahnya lagi ketika sesi wawancara bersama pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, anak perempuanya itu seakan-akan mengikuti perangai bekas suaminya, Norman Hakim.
Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya.
Ujar Abby, dia bukanlah tidak menerima takdir ilahi namun masih tidak tahu menahu tentang isu yang diperkatakan ramai itu sama ada benar atau sebaliknya.
“saya rasa marissa ikut bapak dia, sebab masa norman kahwin dengan mimi saya tak tahu” i pic.twitter.com/eXye11Sh3J
— AL (@ciraplaici) March 10, 2024
Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak? Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah, saya reda sebagai ibu.
Apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah.
Terdahulu, hangat di media hiburan apabila anak gadis Abby dan Norman, Marissa Dania dilaporkan bernikah dengan seorang lelaki bergelar suami orang yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand.
Perkara itu turut disahkan kakak ipar kepada Aslam dan ia telah mencetuskan pelbagai respon dalam kalangan netizen di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Rasa Marissa Ikut Perangai Norman Hakim, Tiada Istilah Menantu Buat Saya” – Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments