#Hiburan: “Saya Cuba Pujuk, Ada Masa Lagi..” – Datuk Red Tak Berputus Asa, Percaya Masih Dapat Selamatkan Rumah Tangga Bersama Adira

Baru-baru ini suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Datuk Seri Adnan atau lebih mesra dipanggil Datuk Red mengatakan dia percaya masih dapat menyelamatkan hubungan rumah tangganya bersama isteri keduanya itu.

Masih boleh memujuk

Katanya, dia masih mempunyai masa untuk memujuk Adira sebelum tiba tarikh proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, yang lebih menyakinkan Datuk Red bahawa dia mungkin dapat menyelamatkan rumah tangganya adalah kerana mereka masih lagi tinggal di bawah bumbung yang sama.

Apa yang saya lihat pada Adira, dalam hatinya masih ada lagi untuk saya. Tapi mungkin perwatakan kali ini berbeza sebab kadang-kadang perempuan ini dah lebih limit, matang dan ada usaha sendiri, jadi dia nampak boleh berdikari.

 

Saya cuba juga untuk memujuk dia sebab ada masa lagi sehingga bulan April. Insya-Allah dapatlah kami beraya bersama.

 

Kami juga masih duduk satu rumah, dia juga yang gosokkan baju saya datang ke mahkamah. Sebab itu saya masih rasa ada peluang lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Lebih kenal Adira

Pada masa yang sama, suami kepada penyanyi ini berkata dia lebih mengenali isterinya itu berbanding orang lain. Dia pasti Adira masih menyayangi dirinya dan ingin rumah tangga mereka dikekalkan.

Tambahnya, dia merasakan perkara ini adalah sebuah balasan dan bukannya dugaan untuknya.

Saya kenal dia, orang lain tak nampak. Adik-beradik pun tak kenal rapat dengan dia. Saya dah dengan dia lapan tahun, gila lah kalau saya tak sayang dia lagi.

 

Macam saya cakap sebelum ini, bukan dugaan tapi balasan. Kadang-kadang kita jadi suami, sebenarnya ibarat lilin tapi saya macam duri pula. Semuanya demi anak-anak saya buat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)


Sebelum ini, Adira pernah memfailkan cerai ke atas Datuk Red pada 2019 namun telah menarik semula atas dasar ingin memberi peluang kedua. Namun, penyanyi ini telah memfailkan cerai buat kali kedua pada 25 Oktober lalu.

adira datuk red
22 hours ago

Didakwa Sepakat Dengan Madu Untuk Tinggalkan Datuk Red, Ini Jawapan Adira Suhaimi..

The post “Saya Cuba Pujuk, Ada Masa Lagi..” – Datuk Red Tak Berputus Asa, Percaya Masih Dapat Selamatkan Rumah Tangga Bersama Adira first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments