#Hiburan: “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih!” – Tak Mengaku Anak Pertama Anak Kandung, Rita Rudaini Selar Netizen Yang Simpati Pada Aidil Zafuan

Baru-baru ini, sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi TV3, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah netizen mendakwa dirinya menyekat bekas suami, Aidil Zafuan daripada berjumpa dengan anak-anak.

Tak perlu simpati pada Aidil

Rita menganggap daripada netizen mahu bersimpati terhadap Aidil, baik mereka simpati pada nasibnya yang selama ini susah senang sendiri demi membesarkan anak-anak.

Advertisement

Aku yang berpeluh-peluh ketiak bela anak daripada kecil, yang sana sebut sikit nama bermodalkan air liur terus kesian.

@buletin.tikt0k credit : youtube tv3malaysia #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas ♬ original sound – buletin.tiktok 📽🔥

Tak mengaku anak kandung

Dalam pada itu, aktres terbabit turut berkata dirinya tidak akan pernah lupa ketika Aidil sendiri tidak mengaku bahawa anak pertama mereka adalah anak kandungnya.

Bahkan Rita berkata tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang terlibat susulan isu perpisahannya bersama Aidil sebelum ini.

Okay baik anak orang lain.. Jadi jangan tengok muka anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat.

Tak pernah hasut anak-anak benci bapa

Tambahannya, dia tidak pernah menghasut anak-anak untuk tidak berjumpa dengan bapa mereka seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, dia tidak boleh memaksa anak-anak untuk bertemu Aidil setelah sekian lama lelaki itu tidak berjumpa dengan mereka.

Jasa bapa dia cuma bagi benih saja! Tiada masa saya nak hasut. Rayyan kata tak nak jumpa.

Sekadar info, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun memilih jalan untuk bercerai pada tahun 2013.

rita rudaini aidil
3 weeks ago

"Takat Modal Air Liur Dah Kesian, Jangan Dok Buat Palatau" - Rita Rudaini Tak Reda Dengan Segala Penghinaan Dan Penganiayaan Yang Diterima

The post “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih!” – Tak Mengaku Anak Pertama Anak Kandung, Rita Rudaini Selar Netizen Yang Simpati Pada Aidil Zafuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments