#Hiburan: “Kalau Tak Ada Peluang, Tak Ada Penyondolan Itu” – Sarimah Ibrahim Tak Setuju Hanya Pihak Ketiga Disalahkan

Pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio memberikan pandangannya berkenaan rumah tangga diganggu oleh pihak ketiga.

 

Advertisement

Kalau takde peluang, tak ada penyondolan

Video temu bual Sarimah bersama radio Kool FM telah dimuat naik di akaun TikTok stesen radio tersebut dan pendapat pengacara tersebut dipersetujui ramai.

Ujar Sarimah, masyarakat tidak seharusnya melabel hanya satu pihak sebagai penyondol (orang ketiga) sedangkan individu yang sudah berumah tangga turut memberi peluang dan ruang.

Kita label penyondol tapi is it really penyondol? Kalau tak ada peluang, tak ada penyondolan itu.

sarimah

Tambah Sarimah menjadi lumrah masyarakat termasuklah dirinya untuk cepat menghukum dan menyalahkan satu pihak serta turut membuat andaian sendiri.

 

Kalau dah mula ada perasaan, jauhkan diri

Pengacara berusia 46 tahun itu turut berkata individu berstatus bujang atau sudah mendirikan rumah tangga perlu tahu dan sedar tentang batas pergaulan.

At the end of the day, kalau orang belum kahwin jangan mendekati orang yang kahwin. Habis cerita. Dan yang dah kahwin tu jangan kau sibuk nak buat hal. Masing masing dah besar, kena tahulah batas.

Dalam pada itu, Sarimah juga turut memberi pesanan atau nasihat ringkas buat mereka yang sudah berkahwin agar tidak terlibat dengan perkara sebegini.

Kalau dah rasa ada attraction tu, get away. Anda mesti tahu (perasaan itu). Tak payah orang nak cerita sebab kita dah boleh rasa benda tu, get out fast. Jangan tunggu, jangan bagi ruang. Itu sahaja.

@kool101my “Kalau dah rasa ada attraction tu, get away…jangan tunggu, jangan bagi ruang…” Setuju dengan Che Puan @Sarimah Ibrahim !! Jangan bagi ruang, jangan bagi peluang. Sebab kalau tak ada peluang, takkan ada nya isu curang. Catch Up Close Up Pagi On Point bersama Che Puan Sarimah Ibrahim di aplikasi AUDIO+ atau klik je link di bio okay 🙌🏻 #Kool101 #CloseUpPagiOnPoint #PagiOnPoint #lelakiitu #chepuansarimahibrahim ♬ original sound – Kool 101

dr
3 days ago

Kecoh Isu Khalwat, Kenyataan Dr Zulkifli Undang Amarah Netizen - "Buat Keputusan Ketika Marah, Kurang Tepat Biasanya.."

The post “Kalau Tak Ada Peluang, Tak Ada Penyondolan Itu” – Sarimah Ibrahim Tak Setuju Hanya Pihak Ketiga Disalahkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments