#Hiburan: “Tak Semua Benda Kena Kongsi” – Didakwa Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Norman Hakim Minta Abby Abadi Henti ‘Buka Pekung’ Keluarga

Melalui laman media sosial, pelakon Norman Hakim meminta bekas isteri, Abby Abadi agar henti daripada berkongsikan hal keluarga di mana-mana platform yang ada.

Tidak lepas tangan isu Marissa

Dalam pada masa yang sama, aktor itu menegaskan bahawa dirinya tidak melepaskan tanggungjawab sebagai bapa untuk selesaikan kemelut yang berlaku terhadap anak perempuan, Marissa Dania, baru-baru ini.

Advertisement

Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Sudah habis di sini.. iftar sama-sama nanti sambung sembang.

norman hakim

Norman meninggalkan komen terseut di dalam hantaran luahan hati yang dimuat naik oleh Abby Abadi di Instagramnya.

Akan timbulkan salah faham

Alasan Norman memohon agar bekas isteri henti daripada berkongsikan kemelut keluarga dalam media sosial kerana mahu elak dari berlakunya salah faham dan akan merumitkan lagi keadaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Sebelum ini, dapat dilihat Abby Abadi lebih terbuka untuk menceritakan kisah anak perempuannya, Marissa Dania berkahwin di Songkhla, Thailand pada tahun ini.

Bahkan kelihatan Abby menjadi tetamu undangan di beberapa podcast untuk berkongsikan perasaannya mengenai isu yang menimpa Marissa.

Sekadar info, 7 Februari lalu, Marissa Dania didakwa telah berkahwin di Songkla, Thailand bersama kekasih bernama Aslam tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk isteri pertama lelaki terbabit, Misya.

abby
2 days ago

"Kalau Dia Pilih Hidup Bermadu, Silakan.." - Abby Abadi Dedah Kronologi Pernikahan Marissa Di Thailand, Bimbang Tak Sah

The post “Tak Semua Benda Kena Kongsi” – Didakwa Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Norman Hakim Minta Abby Abadi Henti ‘Buka Pekung’ Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments