Melalui laman Instagram ibu Aliff Aziz iaitu @fifaaziz, dia telah memuat naik satu hantaran dengan mendedahkan dirinya menerima pelbagai mesej makian serta cacian susulan kes isu anak ditangkap khalwat.
Ahli keluarga dah meninggal turut dihina
Kata Siti Hafiza Basharahil, lagi yang membuat dia berasa sedih apabila ahli keluarga yang sudah lama pergi meninggalkan mereka turut dihina oleh beberapa netizen yang tidak bertanggungjawab.
Disebabkan itu Hafiza memohon agar orang ramai yang membenci keluarganya untuk berhenti daripada melemparkan kata-kata cacian itu.
View this post on Instagram
Ada yang mengkafirkan mereka, memunafikan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini.
Akan pikul tanggungjawab atas isu ‘panas’ Aliff Aziz
Dalam pada itu, Hafiza turut berkata dia dan suami akan memikul segala tanggungjawab yang melibatkan kontroversi anak lelaki mereka, sekaligus berlapang dada dengan pandangan netizen terhadap keluarga.
Biarpun dicaci, ibu penyanyi itu tetap memaafkan individu yang menghantar mesej tidak berperikemanusiaan itu selain berharap netizen tidak terlalu taksub pada kontroversi yang melanda pada Aliff kerana belum tahu kebenarannya.
Yakinlah Allah masih menutup aib anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa.
Sebelum ini, Hafiza ada memuat naik video memaparkan Aliff Aziz sudah pulang kepangkuan keluarga di Singapura.
The post “Taksub Pada Manusia Yang Boleh Pasti Kebenarannya” – Ahli Keluarga Sudah Meninggal Turut Dihina, Ibu Aliff Aziz Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments