#Hiburan: “Saya Kahwin Bukan Untuk Cerai..” – Adira Tiba Di Mahkamah, Datuk Red Sudah Usaha Ingin Rujuk Demi Anak-Anak

Penyanyi popular, Adira Suhaimi telah tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat sekitar pukul 9 pagi tadi bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JPK) berhubung kes tuntutan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Berkeras ingin cerai

Penyanyi yang terlihat hadir bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria ini berkata dia telah bertekad dengan kuputusannya untuk berpisah dengan Datuk Red dan berharap agar urusan tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

Advertisement

Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Sudah berusaha memujuk

Pada masa yang sama, Datuk Red juga hadir selang beberapa minit selepas Adira. Katanya, dia masih berharap dapat menyelamatkan hubungan mereka berdua dah sudah berusaha memujuk Adira untuk rujuk semula namun tidak berhasil.

Bukan itu sahaja, selain dari masih menyangi Adira, Datuk Red juga ingin mempertahankan rumah tangganya demi anak-anak mereka namun Adira masih berkeras untuk berpisah.

Saya kahwin lapan tahun lepas bukan untuk bercerai. Orang lain boleh cakap apa mereka boleh cakap kerana mereka tidak lalui.

 

Semua fikir pengorbanan yang saya buat bukan untuk saya, tetapi untuk anak-anak. Saya berkorban semua ini untuk mereka.

 

Pujuk memujuk memang ada, tetapi perempuan kalau marah memang begitu. Saya dah habis berusaha memujuk. Mungkin ini bukan dugaan tetapi balasan atas apa yang pernah saya lakukan dahulu.

 

Jika ditakdirkan begitu, saya terima sahaja. Tetapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang yang terbaik untuk keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Terdahulu, Adira pernah memfailkan penceraian pada 2019 namun ditarik semula bagi memberi peluang kedua. Adira telah memfailkan penceraian buat kali kedua pada 25 Oktober lalu atas sebab tidak lagi persefahaman.

adira
2 weeks ago

"Saya Tak Pernah Halang Dia Tidur Di Rumah.." - Adira Benarkan Datuk Red Jumpa Anak-Anak, Masih Bertekad Ingin Berpisah

The post “Saya Kahwin Bukan Untuk Cerai..” – Adira Tiba Di Mahkamah, Datuk Red Sudah Usaha Ingin Rujuk Demi Anak-Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments