Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi menerusi satu hantaran Instagram memaklumkan bahawa dia tiada keperluan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hak penjagaan anak pada tempoh hari.
Menulis ringkas, Hafidz memuat naik hantaran tersebut pada Khamis.
Seperti mahu menjawab segala kecaman netizen terhadap dirinya sebelum ini, pelakon itu dilaporkan tidak hadir beberapa kali ketika sebutan kes di mahkamah terhadap bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Bidas netizen, bekas isterinya yang tinggal jauh dari lokasi mahkamah boleh hadir namun ketiadaan Hafidz pastinya menjadi tanda tanya seolah-olah memberi gambaran dia seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mematuhi jadual yang ditetapkan.
Malah, ada yang menggesa agar pelakon itu diberkas kerana seperti sudah menghina mahkamah.
Terdahulu, Nurul Shuhada meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu sekali lagi tidak hadir ke mahkamah.
Shuhada juga meminta agar pelakon itu memberi kerjasama dan komitmen yang baik dan bukannya bersikap sambil lewa seperti itu agar tiada masa yang terbuang dan modal dihabiskan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Sebutan Kes Tak Perlu Hadir Ya, Harap Maklum!” – Hafidz Roshdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments