#Hiburan: “Saya Tak Selesa..” – Rasa Bersalah Pegang Bahu Mimi Lana Dalam Drama, Amar Asyraf Nekad Berhenti Berlakon

Siapa sangka drama Perempuan Itu merupakan karya terakhir Amar Asyraf sepanjang bergelar sebagai pelakon sejak tahun 2011.

Amar berkata drama berkenaan memberi kesedaran kepada dirinya untuk membuat keputusan berhenti dari berlakon.

Advertisement

Rasa bersalah pegang Mimi Lana

Kata Amar, babak seolah-olah memegang bahu Mimi Lana dalam drama Perempuan Itu membuatkan dirinya rasa serba salah dan merasakan hal yang dilakukan adalah satu kesalahan serta enggan ulagi hal sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

Drama terakhir saya adalah pada 2021. Memang sebelum ini saya ada berlakon bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita tapi sekarang saya mahu berubah.

Lebih mendalami ilmu agama

Aktor tersebut tidak menafikan bahawa penghijrahannya mendalami ilmu agama antara salah satu faktor terbesar dia membuat keputusan untuk berhenti.

Tambahannya lagi, bukan saja tawaran berlakon, malah untuk hadir ke program televisyen atau berkaitan dengan muncul di hadapan kamera turut ditolak olehnya.

Sekadar info, Amar kini lebih memberikan fokusnya kepada perniagaan dan akan terus berkarya menerusi video-video yang dimuat naik di media sosial.

drama Perempuan Itu
9 months ago

"Cakap Macam Kemam Rambutan!" - Drama Perempuan Itu Raih Populariti, Tapi Penonton Geram Dengan Zul Ariffin?

The post “Saya Tak Selesa..” – Rasa Bersalah Pegang Bahu Mimi Lana Dalam Drama, Amar Asyraf Nekad Berhenti Berlakon first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments