#Hiburan: Muat Naik Foto ‘Makan-Makan’ Dengan Isteri Di IG, Hafidz Roshdi Dikecam Tak Hadir Mahkamah – “Semacam Sengaja Sakitkan Hati Ex-Wife”

Semalam, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada hadir ke mahkamah untuk tuntutan hadanah yang dikemukakan aktor itu terhadap dua orang anak mereka.

Meskipun begitu, Hafidz dilaporkan tidak hadir ke mahkamah bagi urusan itu namun Shuhada bersyukur kerana permintaan untuk menambah nama ibunya sebagai penjaga sah anak-anak diluluskan mahkamah.

Advertisement

Shuhada dalam pada itu memohon pihak Hafidz untuk tampil memberikan kerjasama memandangkan tuntutan itu dikemukakan pelakon itu sendiri sebelum ini.

Netizen ‘menyampah’ dengan Hafidz Roshdi

Ketidak hadiran Hafidz Roshdi ke mahkamah telah menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya simpati dengan kesusahan yang dialami Nurul Shuhada.

Terbaru, pelakon itu dilihat memuat naik foto dia sedang menjamu selera bersama isterinya di Instagram sekaligus menjadi bahan kecaman warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menganggap Hafidz seolah-olah sengaja melakukan pengabaian terhadap bekas isteri dan terutamanya anak-anak.

Netizen dalam pada itu mendoakan agar urusan Shuhada dipermudahkan dan mendapat pembelaan sewajarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuhada
20 hours ago

"Lebih Setahun Saya Naik Turun Mahkamah.." - Shuhada Bersyukur Dapat Tambah Ibu Sebagai Penjaga Anak, Mohon Kerjasama Hafidz

The post Muat Naik Foto ‘Makan-Makan’ Dengan Isteri Di IG, Hafidz Roshdi Dikecam Tak Hadir Mahkamah – “Semacam Sengaja Sakitkan Hati Ex-Wife” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments