Madu kepada penyanyi Adira dan juga isteri pertama kepada Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tampil membuat hantaran di Instagram Story memohon maaf di atas keterlanjurannya sebelum ini.
Sharifah atau lebih dikenali sebagai Datin Red membuat kenyataan itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.
Maaf saya manusia, selalu melakukan kesilapan dan terlalu mengikut emosi. Kita ada satu sahaja tuhan iaitu Allah S.W.T. Jangan pernah sekali pun terjatuh dengan tipu helah manusia. Mana yang digelar manusia, tidak boleh dibanding-bandingkan dengan Maha Esa.
Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan bahawa dirinya sudah jatuh muflis dan bankrap selain sedang mencari kerja baharu bagi menyara kehidupan isteri dan anak-anak.
Ujar Datuk Red, isteri keduanya, penyanyi Adira banyak menolong sepanjang tempoh dia tidak bekerja sekaligus membuatkan Datin Red terasa hati kerana dia juga banyak menolong seperti menjual tanah bagi membantu suaminya itu sebelum ini.
elain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Terlalu Ikut Emosi..” – Datin Red Mohon Maaf, Emosi Nama Tak Disebut Datuk Red Isu Jual Tanah Demi Bantu Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments