Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Ruhainies berkongsikan situasi yang berlaku pada malam dirinya dan aktor, Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI.
Semuanya salah faham
Jelas Ruhainies dalam hantaran yang dikongsikan di Instagram, pada malam tersebut Aliff sepatutnya bertemu dengan keluarga Ruhainies memandangkan mereka rakan baik dan sudah kenal dengan keluarga masing-masing.
Tetapi akibat kesesakkan lalu lintas, kakaknya iaitu Risteena sedikit lambat sampai ke kondominium milik Ruhainies dan disebabkan itu, mereka meluangkan masa untuk berborak sambil menunggu keluarga dan rakan yang lain.
View this post on Instagram
Terkejut pihak JAWI ketuk pintu
Alangkah terkejutnya Ruhainies apabila terdapat suara lelaki yang mengetuk pintu rumahnya dan itu merupakan pihak JAWI selepas diberitahu oleh Risteena yang ketika itu berada di luar rumah tersebut.
Setelah berbincang dengan cara elok, Ruhainies akhirnya membuka pintu dengan syarat hanya pihak JAWI sahaja yang boleh memasuki rumahnya tanpa ada pihak-pihak yang lain.
Sayang persahabatan dengan Bella
Sedar atas kekhilafan diri sendiri, Ruhainies memohon maaf kerana sedar situasinya bersama Aliff itu juga salah disisi agama dan berharap agar rakan baiknya, Bella tidak berpisah dengan Aliff atas sebab situasi yang sudah berlaku ini.
Bahkan aktres tersebut sanggup berhadapan dengan Bella untuk berbincang mengenai isu yang sudah terjadi ini apabila pihak Bella sudah bersedia.
The post “Saya Sayang Persahabatan Saya, Harap Bella & Aliff Tak Akan Berpisah” – Ruhainies Akhirnya ‘Buka Cerita’ Situasi Sebenar Hari Ditangkap Khalwat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments