Sejak isu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kahwin satu lagi bersama wanita bernama Ira Kazar di Thailand kecoh, hubungannya bersama keluarga kandung masih belum pulih hingga ke hari ini.
Syamsul Yusof masih merajuk
Menurut bapa iaitu penerbit hebat, Datuk Yusof Haslam, anak lelakinya itu masih belum pulang ke rumah walaupun sudah beberapa kali meluahkan hasrat mahu bertemu.
Kata Yusof Haslam, dia tidak berhubung dengan Syamsul dan hanya berdoa agar aktor itu terbuka hati untuk datang berjumpa dengan keluarga.
View this post on Instagram
Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang. Kalau anak bersikap begitu, saya tak boleh buat perkara sama.
Belum berjumpa dengan isteri Syamsul, Ira Kazar
Dalam pada itu, penerbit itu memberitahu pihak media bahawa dirinya masih belum berjumpa dengan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar selepas mereka membuat keputusan bernikah pada Januari tahun lalu.
Biarlah masa dan keadaan menentukan. Saya pun mahu menjaga hati isteri. Tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana perkara ini.
Yusof Haslam merasakan Syamsul masih terasa hati dengan keluarga hingga dia membuat keputusan tidak bertemu dan hubungi.
The post “Dia Tak Hubungi Saya, Mungkin Masih Merajuk Atau Terkilan” – Yusof Haslam Doa Agar Syamsul Terbuka Hati Kembali Pada Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments