Aktres sensasi, Ruhainies telah membuat keputusan untuk menarik diri dari terlibat dalam festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest yang akan berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini. Katanya, dia tidak mahu menjejaskan pihak lain yang turut terlibat dalam acara tersebut.
Tarik diri
Berita berkenaan telah dikongsi oleh penyanyi Ifa Raziah selaku pengajur acara jualan tahunan sempana Hari Raya itu. Katanya, Ruhainies bertanggungjawab tidak mahu artis-artis yang lain turut terkena tempias isu kontroversinya.
Ruhainies beritahu saya yang dia tarik diri. Dia dah lama fikir kerana tidak mahu perniagaan orang lain terjejas.
View this post on Instagram
Tidak patut boikot
Tambahan pula, dipercayai keputusan tersebut dibuat oleh Ruhainies apabila orang ramai sepakat untuk memboikot acara tersebut kerana penglibatannya. Pada masa yang sama, Ifa juga mengakui tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Tambah Ifa, netizen tidak sepatutnya memboikot cuma kerana seorang artis kerana kasihan pada pejual lain yang mencari rezeki.
Saya tidak sebelahkan mana-mana pihak. Kedua-duanya adalah adik saya. Saya dah kenal lama dan mereka cari rezeki berniaga.
Janganlah disebabkan isu peribadi sehinggakan peminat tidak suka dan nak boikot. Kesian artis-artis lain yang berniaga juga.
View this post on Instagram
Terdahulu, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominum mewah pada 9 Mac lalu. Ekoran penangkapan tersebut, Bella Astillah, isteri kepada Aliff telah memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Tak lama kemudian, Aliff dan Ruhainies mengeluarkan kenyataan menceritakan kronologi sebenar di hari kejadian dan menafikan sebarang hubungan istimewa di antara mereka.
The post “Tak Mahu Perniagaan Orang Lain Terjejas..” – Ruhainies Tarik Diri Dari Festival Jualan, Ifa Raziah Enggan Pilih Kasih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments