Tular di aplikasi X mengenai satu dakwaan daripada seorang individu yang memaklumkan insiden yang dialami rakannya di Lebuhraya Utara Selatan di Nilai.
Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa anak saudara rakannya itu telah maut akibat kecelakaan itu kerana dilanggar dari bahagian belakang oleh kenderaan jenis Alphard yang dipandu anak seorang pejuang politik yang terkenal di Selangor.
Btw, semalam kawan aku kemalangan.
Anak saudara dia berusia 1 tahun 10 bulan meninggal dunia sebab tercampak keluar kereta hampir 100 meter.
Puncanya, dilanggar sebiji Alphard dari belakang yang dipandu oleh anak seorang pejuang politik yang “terkenal” di Selangor. pic.twitter.com/j0y0UFAuYn
— KOS23.eth | $BLOCK !SKULLS (@kingofsaka23) March 22, 2024
Dikatakan Alphard itu dipandu laju dan cuba memotong dari kiri, tapi tak lepas lalu melanggar kereta kawan aku dari belakang. Lepas tu suami dia cuba elak tiang fly over, dan pergi ke kiri, tapi dilanggar pula oleh sebuah lori besar.
Apa yang dibimbangkan rakan individu itu adalah insiden itu tidak berpihak kepadanya kerana ia melibatkan ahli politik.
Berikutan itu, rakannya telah meminta orang awam yang mempunyai rakaman dashcam sewaktu kejadian untuk tampil membantu bagi dijadikan bahan bukti.
Lihat post asal keluarga mangsa di bawah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Anak Saudara Usia Setahun Maut Dilanggar Alphard Milik Anak Ahli Politik Selangor, Lelaki Mohon Bukti ‘Dashcam’ Saksi, Bimbang Tiada Pembelaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments