#Hiburan: Pelajar Maut Dipuk*l, Dibuang Dari Tingkat 2 Kolej Vokasional Oleh Suspek – “Mangsa Dituduh Curi RM85”

Seorang pelajar Kolej Vokasional daerah Lahad Datu dilaporkan maut dipukul sekumpulan pelajar lain pada Jumaat lalu.

Ketua Polis daerah itu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat dengan sekumpulan penghuni asrama yang lain berkaitan kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.

Advertisement

Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35 di mana mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.

Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kes tersebut selain kenyataan kes yang menjelaskan kronologi kes menyayat hati tersebut.

JenayahSumber : X  

Setakat ini, polis turut mengambil keterangan terhadap 12 saksi bebas termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit selain merampas 12 telefon pintar milik suspek.

Kesemua pelajar yang disyaki terlibat dengan kes pembunuhan tersebut telah ditahan reman selama enam hari sehingga 29 Mac ini. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cs
22 hours ago

"Cikgu S*ndal" - Kakak Dedah Wanita Bergelar Isteri Anak Lima 'Kantoi' Jalin Hubungan Dengan Anak Murid Usia 17 Tahun

The post Pelajar Maut Dipuk*l, Dibuang Dari Tingkat 2 Kolej Vokasional Oleh Suspek – “Mangsa Dituduh Curi RM85” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments