Isu kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania masih lagi menjadi bualan orang ramai. Lagi-lagi apabila masih tiada di antara mereka yang memberi kenyataan rasmi menjelaskan hal tersebut.
Mengaku Marissa sudah berkahwin
Terkini, Abby telah tampil menjawab persoalan netizen tentang kontroversi anak gadisnya itu. Menurutnya, memang benar Marissa telah bernikah dan menjadi isteri kedua kepada Aslam.
Namun begitu, pelakon ini meluahkan rasa bimbang jika pernikahan mereka tidak sah kerana dilakukan di Songkhla, Thailand. Oleh itu, Abby berharap agar Marissa dan Aslam segera mendaftar dan mengesahkan pernikahan mereka di Malaysia.
Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya.
Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.
Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai.
View this post on Instagram
Kronologi hari kejadian
Dalam masa yang sama, bekas isteri kepada Norman Hakim ini turut mendedahkan kronologi anaknya telah bernikah di Thailand. Katanya, dia mula sedar perkara itu melalui rakaman CCTV namun sudah terlambat.
Tambahan pula, Abby berjaya mengetahui keberadaan Marrisa di Thailand ketika itu melalui bantuan rakan polis.
Melalui CCTV, saya hairan apabila kawan Marissa keluar dari rumah saya. Pada hari sama Marissa dan Aslam menikah.
Tapi saya tahu sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak.
Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup.
Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan.
View this post on Instagram
Terdahulu, media sosial telah digemparkan dengan berita pernikahan Marissa Dania dengan Aslam di Thailand tanpa pengetahun keluarga pada 27 Disember lalu. Pasangan itu dikatakan bernikah ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya sedang menunaikan ibadah umrah.
The post “Kalau Dia Pilih Hidup Bermadu, Silakan..” – Abby Abadi Dedah Kronologi Pernikahan Marissa Di Thailand, Bimbang Tak Sah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments