Adik ipar pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memohon agar semua pihak memberikan kakaknya, Bella Astillah ruang selepas apa yang berlaku, awal pagi tadi.
Beri ruang, Bella masih terkejut
Dedahnya, selepas terpaksa hadir ke pejabat JAWI padal awal pagi disebabkan Aliff ditangkap khalwat di kondomominium itu, Bella kini masih dalam keadaan terkejut.
Bagi pihak kak Bella, saya taknak beri apa-apa kenyataan tentang perkara itu. Kalau boleh beri ruang kepada Bella sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.
Satu keluarga kenal rapat dengan aktres tersebut
Sementara itu, menerusi rakaman dimuat naik oleh Melodi di TikTok, Bella dilihat sebak dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya tentang kejadian tersebut.
@melodiberapi Bella sebak bila ditanya tentang dakwaan suaminya ditangkap khalwat. Ikuti kenyataan daripada adiknya Didi Astillah #meloditv3 #bellaastillah #didiastillah #aliffaziz ♬ original sound – Melodi tv3
Ujar Didi, dia yakin apabila Bella sudah bertenang dan bersedia, kakaknya itu akan memberikan kenyataan serta respon mengenai apa yang berlaku.
Sebagai adik, saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka. Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap mereka keluar bersama.
The post “Kami Sekeluarga Kenal Rapat Pelakon Wanita Itu, Taktau Sejauh Mana Hubungannya & Aliff” – Adik Mohon Beri Bella Astillah Ruang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments