Biarpun sakit ditikam belakang oleh rakan baik sendiri bersama suami, Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah enggan menyimpan dendam terhadap Ruhainies.
Tetap maafkan, masih belum dihubungi
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata dia terbuka hati untuk memaafkan Ruhainies, namun tidak mungkin melupakan kejadian hitam ini.
Sehingga hari ini (Rabu), pelakon wanita itu (Ruhainies) langsung tidak menghubungi. Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan, saya maafkan dia.
View this post on Instagram
Tak sangka rakan baik ‘tikam belakang’
Dalam pada masa yang sama, Bella turut meluahkan rasa tak sangka apabila seseorang yang sudah dianggap sebagai rakan baik sendiri memperlakukannya seperti ini.
Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen.
Pelakon tersebut turut memaklumkan menarik diri daripada membintangi drama Terjerat susulan kontroversi yang berlaku terhadap Aliff Aziz dan Ruhainies ini.
Apabila ditanya soal keadaan suami, Bella membuat keputusan untuk tidak mengulas tentangnya dan meminta orang ramai untuk mendoakan Aliff.
The post “Di Lokasi Penggambaran Dia Sangat Baik, Saya Tak Sangka..” – Ruhainies Masih Belum Hubungi, Bella Astillah Maafkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments