Usahawan dan personaliti media sosial sensasi, Puteri Zarith berang dengan netizen apabila dicop ‘diva’ oleh mereka ketika sedang membuat siarang langsung di Instagram peribadinya baru-baru ini.
Rumah tangga Puteri yang tamat pada September lalu apabila dirinya telah memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya, Dr Munzir Shkori itu didakwa mempunyai cara hidup yang lebih mewah berbanding bekas pasangannya. Ia bermula dari gambar-gambar hidup mewah yang selalu dimuat naik Puteri di Instagram.
Gaya hidup tak setaraf. Doktor seorang yang simple life, Puteri pulak very the diva.
Kalau awak cakap saya diva, memang salah! Silap orang, saya tak diva.
View this post on Instagram
Melihat dikatakan begitu, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak berdiam diri. Dia menafikan dakwaan netizen yang menyangka dirinya terlalu diva dan tak setaraf dengan Dr Munzir. Katanya, mereka tidak patut menilai dirinya hanya berlandaskan apa yang dimuat naik di media sosial.
Sebelum ini, personaliti media sosial ini sempat menjadi bualan warganet apabila dihebohkan telah bercerai selepas14 tahun bersama sang suami.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Tidak Mahu Gaya Hidup Dibandingkan Dengan Bekas Suami, Puteri Zarith Nafi Dirinya Diva – “Silap Orang, Saya Tak Diva..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments