#Hiburan: “Diam Fazura Diam! Yakin Sangat Ni”- Persembahan Nyanyian Fazura Dikritik, Netizen Suruh Fokus Berniaga Saja

Baru-baru ini, pelakon dan juga usahawan Nur Fazura ada membuat persembahan nyanyian di konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy pada Sabtu lalu.

Persembahan istimewa Fazura pada malam itu ternyata telah menjadi bualan hangat dalam kalangan warga maya di media sosial.

Advertisement

Pada malam itu, Fazura dilihat menyampaikan lagu Jika Cinta Allah nyanyian asal Ahmad Dhani dengan asyik sekali.

Namun begitu, ramai juga yang berpendapat bahawa isteri kepada pelakon Fattah Amin ini terlalu ‘confident’ dengan keupayaannya menyanyi kerana vokal aktres itu dianggap tidak terlalu sedap untuk didengar.

Meskipun kelihatan bersungguh dan menyampaikan nyanyian dengan penuh perasaan, komen kritikan netizen juga agak ‘keras’ sehingga ada yang menyuruhnya untuk fokus saja dalam perniagaan dan berlakon.

@era.je

Penampilan @missfazura malam ini di #konserttomboatiridhoilahi dengan lagu Jika Cinta Allah #sharERA #fyp

? original sound – ERA – ERA

Sekadar info, Fazura pernah menerbitkan lagunya sendiri sekitar tahun 2016 apabila dia muncul dengan lagu Hancur Aku, Sayangi Dirimu dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura neelofa
4 days ago

"Tidak Berkawan, Tidak Bererti Memusuhi" - Nur Fazura Beri Respon 'Permintaan' Neelofa Untuk Tamatkan Perang Dingin

The post “Diam Fazura Diam! Yakin Sangat Ni”- Persembahan Nyanyian Fazura Dikritik, Netizen Suruh Fokus Berniaga Saja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments