Aktres jelita, Uqasha Senrose menerima kritikan negatif dari netizen apabila dirinya memuat naik gambar bersama Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas popular. Namun disebabkan dalam gambar itu dirinya terlihat rapat dengan Ustaz itu, ramai mula tidak berpuas hati.
Gambar yang diambil semasa dirinya menghadiri salah satu ceramah Ustaz yang dilangsungkan, boleh dilihat pelakon ini berdiri tepat disebelah penceramah itu tanpa ada jarak. Hal ini dikatakan tidak sopan memandangkan mereka berdua bukan lah mahram.
Tak nak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal.
Tak perlu kot mulut tu memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Saya tahu batas saya ya. Macam-macamlah manusia ni.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Susulan gambar pertama yang dimuat naik, Uqasha memuat naik sebuah lagi hantaran yang menampilkan mereka dari sisi lain. Dalam gambar tersebut, tidaklah serapat yang disangka hingga tiada jarak. Disebabkan gambar terdahulu yang diambil dari angle lain, hal tersebut telah menimbulkan fitnah.
Pada masa yang sama, suami kepada aktres itu juga tampil memebelahi isterinya. Kata Kamal Adli, jika betul mereka terlalu rapat, dirinya telah menegur Uqasha terlebih dahulu. Dia juga menasihati agar warganet tidak membuat spekulasi tanpa menyelidik perkara sebenar.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tak Perlu Memandai Kalau Tak Ada Dekat Tempat Tu.. – Uqasha Senrose Difitnah Tak Jaga Batas Dengan Ustaz Azhar Idrus first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments